Wednesday, 27 March 2013

Dinamika Sains Pemikiran & Etika ulasan bab 3 Fahaman Pemikiran dan Etika


DINAMIKA SAINS PEMIKIRAN & ETIKA
Kesimpulan Bab 3 : Fahaman Pemikiran dan Etika
Apa yang dimaksudkan dengan Sekularisme

            Sekularisme yang dalam bahasa Arabnya dikenali “al-’Ilmaniyyah”, diambil dari kata ilmu. Secara mafhum, ia bermaksud mengangkat martabat ilmu. Dalam hal ini tentu tidak bertentangan dengan fahaman Islam yang juga menjadikan ilmu sebagai satu perkara penting dalam kehidupan manusia. Bahkan, sejak awal kemuculan Islam lagi,umat islam diseur untuk memuliakan ilmu. Tetapi sebenarnya, terjemahan kata sekular kepada “al-’Ilmaniyyah” hanyalah tipu daya yang berlindung di balik slogan ilmu. Sekularisme berasal daripada perkataan Latin ‘saeculum’ Yang bermaksud “masa” iaitu “kini dan zaman ini” dan tempat yakni dunia ini iaitu fahaman falsafah atau sistem yang memisahkan urusan dunia samada urusan pemerintahan, pendidikan dan lain-lain urusan pentadbiran daripada urusan-urusan agama. Ia menolak peranan agama dan Tuhan daripada segala urusan manusia.
            Sekular hanya bertujuan melahirkan kehidupan yang tidak beragama iaitu tidak kudus (St Edmund 1290). Tegasnya sekularisme merupakan satu fahaman yang berkaitan dengan pemisahan secara mutlak antara agama dan duniawi. Pertama kali istilah sekularisme  digunakan oleh penulis Inggris George Holoyake pada tahun 1846. Walaupun istilah yang digunakannya adalah baru, konsep kebebasan pemikiranya yang dari sekularisme yang asal.Holyoake menggunakan istilah sekularisme untuk menjelaskan pandangannya yang mendukung bahawa untuk melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan urusan hidup dan tidak ada kaitan atau terlibat dengan perkara spiritual dan metafizik ( Martin H.Manser,1988 dan T.T Clark,1920). 
                                         
      George Jacob Holyoake (1817-1906), pengarang British yang mencipta istilah "sekularisme." 


NEGARA SEKULAR
            Merupakan istilah politik yang mana ianya adalah satu gerakan ke arah pemisahan antara agama dan kerajaan. Sekularisme mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan zaman kesedaran eropah dalam memperjuangkan hak-hak rakyat dalam masyarakat. Oleh yang demikian, golongan secular lebih mempercayai ahli politik dalam membuat keputusan bagi setiap urusan kehidupan termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan hukum agama.
            Penyebaran doktrin sekular semakin cepat seperti mana yang telah ditegaskan oleh George Holyoeke dalam English Secularism (1986). Oleh itu, idealogi sekular ini disebarkan kepada masyarakat yang ketandusan didikan agama untuk mengisi kekosongan tersebut idealogi sekular ini telah diterima pakai oleh masyarakat dunia pada hari ini.
            Tiga prinsip penting dalam idealogi sekular adalah
·         Memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan.
·         Bahawa sains itu adalah panduan hidup bagi manusia.
·         Apa sahaja yang baik itu adalah baik untuk dilakukan sama ada wujud kebaikan atau tidak. Kebaikan yang wujud dalam kehidupan adalah baik dan menjadi baik jika untuk mencari kebaikan.              
SEJARAH KEMUNCULAN DAN PENGASINGAN KUASA GEREJA
            Antara faktor terbaik untuk dikupas adalah faktor penindasan pihak gereja dan kelahiran teori Darwin yang mana telah merancakkan kelahiran idealogi sekular di seluruh dunia.
            Faktor pertama adalah penindasan pihak gereja, bermula pada zaman pertengahan yang mana merupakan tindak balas rakyat terhadap sikap yang ditunjukkan oleh pihak gereja. Hal ini, berlaku secara jelas kerana muncul golongan protestan yang menentang katolik bagi menghapuskan dasar penguasaan dan kawalan ke atas cara hidup bangsa eropah secara mutlak.
            Gerakan ini bertujuan untuk membersihkan politik daripada sebarang pengaruh agama. Hasil pengasingan yang telah dilakukan maka menyebabkan kuasa gereja menjadi terhad dalam hal-hal kerohanian. Manakala pihak pemerintah menguasai pentadbiran kehidupan kebendaan.
            Ideologi sekular diasaskan oleh orang yahudi dalam pergerakan revolusi perancis 1789. Usaha memisahkan urusan agama dengan pentadbiran telah melahirkan slogan “berikan hak ceaser kepadanya dan berikan hak tuhan kepada tuhan”. Oleh itu, urusan Negara diuruskan oleh pihak pemerintah manakala pihak gereja hanya menguruskan hal berkaitan dengan agama. Kemuncak pertentangan berlaku pada abad ke -19 yang menyebabkan agama tersingkir terus daripada politik, agama dan ilmu pengetahuan.
            Faktor kedua adalah kemunculan teori Darwin yang Charles Robert Darwin merupakan ahli biologi berbangsa inggeris. Doktrin darwinisme menyatakan bahawa makhluk hidup muncul ada dengan sendiri akibat peristiwa kebetulan. Konsep kebetulan ini telah menjadi pegangan golongan ateisme. Karl Marx pengasas komunisme menegaskan buku Darwin yang bertajuk The origin of species sebagai buku yang mengadungi asas sejarah semulajadi untuk panduan komunisme. Idealogi komunisme merupakan kejayaan pertama pengaruh teori Darwin yang membahayakan umat manusia khususnya umat islam.
Prinsip Sekularisme
            Prinsip utama idealogi sekular adalah meningkatkan penguasaan kebendaan dalam kalangan umat manusia. Matlamat ini menjadi agenda penting dalam perjuangan mereka. Polimik antara pihak gereja dan pemerintah telah memberi laluan mudah kepada sekularisme untuk mencapai matlamat mereka. Sekular secara total tidak mempunyai kaitan dengan ajaran agama kerana sekular mempunyai prinsip moral yang bebas.
Ciri-ciri sekularisme
            Antara ciri-ciri idealogi sekular adalah
·         Penafian hal-hal kerohanian.
·         Penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan dalam agama.
·         Menafikan adanya nilai hidup yang tetap.
·         Menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadat.
·         Menjauhkan agama daripada landasan penting sebagai panduan dan hala tuju manusia dalam pelbagai bidang seperti kesenian, pendidikan dan moral.
KEKUASAAN MANUSIA (MANPOWER)
            Untuk mencapai cita-cita, manusia akan menggunakan akalnya. Jika manusia menggunakan akalnya dengan betul maka seseorang itu akan membentuk nilai moral yang baik. jika tidak menggunakan akalnya dengan betul maka seseorang itu, akan membentuk nilai moral yang tidak baik. sedar atau tidak manusia sedang menghadapi dua pilihan iaitu sama ada terus pertahankan status sebagai manusia atau merendahkan status manusia kepada taraf hamba pembangunan.
LIBERALISME
            Ianya merupakan falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik yang tertinggi dalam liberalism juga menekankan hak-hak peribadi dan kesamarataan peluang. Prinsip perjuangan yang dijuangkan adalah kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara dan lain-lain lagi. Aliran ini lanjutan daripada zaman Renaissance di itali. Liberalisme menolak secara keras tentang asas dalam setiap teori pembentukan kerajaan awal seperti hak-hak raja yang diperolehi daripada tuhan, status berasaskan keturunan dan institusi agama.
            Dalam liberalisme juga, golongan yang menyokongnya menyatakan bahawa nilai moral seseorang sentiasa berubah dari masa ke semasa, di mana nilai akhlak yang diamalkan tidak sama dengan ajaran agama yang ditetapkan. Namun begitu, islam telah menegaskan bahawa nilai-nilai yang baik telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi golongan liberalisme ini mengatakan bahawa manusia itu sendiri masih lagi dalam proses perubahan daripada haiwan yang rendah kepada haiwan yang lebih tinggi.
MODENISME
            Satu proses transformasi atau perubahan dalam segenap aspek kehidupan dalam kemasyarakatan. Di mana ianya merupakan aliran yang terhasil daripada gerakan-gerakan di Amerika latin yang memperjuangkan pembebasan dan ingin mendapatkan autonomi budaya yang baharu supaya dapat membebaskan diri daripada cengkaman hagemoni kebudayaan sepanyol. Terbahagi kepada dua tahap iaitu pertama, manusia yakin dengan akal yang rasional dan berani menghadapi kehidupan yang nyata sehingga berlaku pemberontakan kreatif dalam dunia seni manakala tahap kedua adalah bermula dengan revolusi perancis dan kekacauan sehingga berlaku kelenturan ikatan sosial, keruntuhan pada keyakinan trandisional dan agama. Tahap ketiga, ia bermula semasa berlaku proses modenisasi global dan kebudayaan dunia moden secara universal sehingga berlakunya masalah keamanan dunia.
HUMANISME
            Menurut takrifannya fahaman ini menganggap bahawa manusia adalah pusat segala-galanya dan manusia itulah tuhan yang maha agong. Dialah yang menentukan hukum-hakam. Tuhan tidak sama sekali berperanan di muka bumi ini. Antara sifat-sifat fahaman humanism adalah percampuran bebas, penggunaan istilah yang mengelirukan, penukaran peranan antara lelaki dan perempuan, derakan pembebasan wanita, kaunseling berkelompok dan pendidikan seks.

No comments:

Post a Comment